Isnin, 22 Disember 2008

ROCK THE WORLD 8 - Pencetus Kegilaan Remaja Malaysia?


Rock The World Edisi ke 8 baru saja tamat.

Aku bukan nak buat ulasan sangat pun pasal acara yang aku labelkan sebagai acara muzik yang terbesar diniagakan di Malaysia setakat ini, tapi lebih kepada nak berkongsi sedikit sebanyak gambar dan sekaligus mempromosikan sebuah kumpulan tempatan yang membawa muzik ROCK 80an sebagai konsep muzik kumpulan mereka di tengah-tengah remaja Malaysia sekarang ni di landa demam indie!

Sejujurnya, aku bukan peminat acara Rock The World pun. Ini kali kedua aku pijak kaki ke acara ini. Itupun atas sebab ajakan Revenge sebagai krew. Aku berterima kasih dan rasa di hargai juga. Setidak-tidaknya, dapat juga aku merasa berada atas pentas besar walaupun bukan dengan gitar!. Kali pertama aku ke acara ini adalah pada edisi ke 6. Itu juga atas sebab kawan aku yang jaga tiket masuk. Secara jujurnya lagi, aku tak tahu pun apa lagi kumpulan lain yang membuat persembahan pada Rock The World edisi 8 ini selain dari Revenge. Cuma, yang aku dapat agak macam biasalah. Koffin Kanser mesti main.

Aku tak pernah ada masalah dan tak pernah menolak sebarang idea untuk setiap edisi Rock The World. Kalau ada kesempatan dan tiket percuma, memang aku pun akan pergi jenguk juga. Walaubagaimanapun, aku rasa yang Rock The World adalah acara yang amat bagus untuk memberi pendedahan kepada kumpulan muzik dan orang ramai khususnya remaja yang sebenarnya muzik dari kumpulan tempatan juga berkualiti. Cuma, kalau boleh, untuk edisi seterusnya, pilihlah kumpulan yang betul-betul layak untuk di ketengahkan. Janganlah hanya atas dasar perniagaan semata-mata.

Kami sampai awal. Seawal 5.00 petang walaupun dalam jadual Revenge sepatutnya membuat persembahan pada pukul 10.oo malam. Saja mahu sampai awal tak nak bagi kelam kabut. Sambil-sambil nak buat persediaan. Takut ada barang tertinggal. Sebelum itu, kami berfoya-foya dulu dalam khemah yang di sediakan. Ada makan-makan. Ada gadis-gadis jual rokok. Ada muka-muka yang di kenali!








Dengar ceritanya, Laila's Lounge tiba-tiba berpecah. Slotnya di ganti oleh Bittersweet yang sanggup jadi bidan terjun. Lepas Koffin Kanser. Revenge muncul menggegarkan Rock The World.









*Untuk peminat-peminat muzik Rock 80-an bolehlah cuba tambah mereka sebagai kawan di Myspace. Kalau tak minat Rock 80-an pun boleh tambah juga!

Isnin, 13 Oktober 2008

Bermain dengan perasaan Sakit dan Penat di hujung minggu!

Tidak seperti malam-malam sebelumnya,
malam ini ada percubaan untuk mencahayakan bilik gelap.
Percubaan yang timbul dari rasa sakit dan penat!

Joowear sakit dada sebab hisap rokok banyak sangat.
Pjoe sakit kepala sebab migrainnya datang lagi.
Aku sakit mata sebab tengok banyak cahaya!.

Memandangkan kamera aku dan Joowear terdedah dan terbaring longlai,
dan ada cahaya yang keluar dari mentol 40watt dari sebuah lampu berdiri buatan pengeluar perabot terkenal dari Sweden,
Sejurus selepas itu, timbul idea untuk merakam detik-detik kesakitan.
Sekaligus, cuba untuk mengubat rasa sakit.

Buka mata kamu luas-luas untuk tengok pesakit-pesakit ini sebab cahayanya tak cukup terang!

Joowear : "Kurang sikit rasa sakit dada aku jadi model ni"
Pjoe : "Betul ker boleh hilang rasa sakit kalo jadi model?"
Anasir : "Cakap jer ko pun nak jadi model, kan senang"


Joowear : "Amacam? Kurang tak sikit rasa sakit tu?"
Pjoe : "Betul ler, rasa kurang sikit. Lepas ni kita gi jogging nak?"
Anasir : "Ko jangan nak buang tebiat jogging pukul 3 pagi ni, ko sakit lagi tu"


Joowear : "Hahahaha...sama"
Pjoe : "Ngehngehngeh..baju kau"
Anasir : "Rambut aku memang macam ni dari dulu ler, korang pon tau!"
*Nota kaki : H for HURLEY - merujuk kepada baju aku.


Joowear : "Bagi lighter, aku nak isap rokok lagi"
Pjoe : "Ko ni, rasa sedap sikit dah isap rokok balik"
Anasir : "Dia dah rasa sedap banyak la tuh joe"


Joowear : "Yang ko ni apsal lak? Sakit lagi ker?"
Pjoe : "Dah, ok sikit. Aku teringatkan sesuatu pulak"
Anasir : "Teringatkan sesuatu ker teringatkan seseorang?"


Joowear : "Tak yah laa ko ingat-ingat lagi pasal dia Joe"
Pjoe : "Mana boleh... Pok Seng Kocak ada hutang lagi ngan aku 20 riyal"
Anasir : "Aku dengar dia baru gi bayar muka nak beli kereta baru"


Joowear : "Celaka punya Pok Seng, esok kita gi rumah dia"
Pjoe : "Hutang tak bayar ada hati nak beli kete baru"
Anasir : "Isap rokok sebatang, kita tido"


Selepas selesai menghisap rokok, ketiga-tiga pesakit ini masuk tidur.
Joowear nak mimpi pasal nak jadi kaya sebelum umur 30 tahun.
Pjoe nak mimpi pasal nak kahwin sebelum umur 30 tahun.
Aku nak mimpi basah dalam mimpi-mimpi mereka berdua.

*Dialog sebenar adalah dalam bahasa Kelantan.

Sekian,
Terima Kasih.