Isnin, 13 Oktober 2008

Bermain dengan perasaan Sakit dan Penat di hujung minggu!

Tidak seperti malam-malam sebelumnya,
malam ini ada percubaan untuk mencahayakan bilik gelap.
Percubaan yang timbul dari rasa sakit dan penat!

Joowear sakit dada sebab hisap rokok banyak sangat.
Pjoe sakit kepala sebab migrainnya datang lagi.
Aku sakit mata sebab tengok banyak cahaya!.

Memandangkan kamera aku dan Joowear terdedah dan terbaring longlai,
dan ada cahaya yang keluar dari mentol 40watt dari sebuah lampu berdiri buatan pengeluar perabot terkenal dari Sweden,
Sejurus selepas itu, timbul idea untuk merakam detik-detik kesakitan.
Sekaligus, cuba untuk mengubat rasa sakit.

Buka mata kamu luas-luas untuk tengok pesakit-pesakit ini sebab cahayanya tak cukup terang!

Joowear : "Kurang sikit rasa sakit dada aku jadi model ni"
Pjoe : "Betul ker boleh hilang rasa sakit kalo jadi model?"
Anasir : "Cakap jer ko pun nak jadi model, kan senang"


Joowear : "Amacam? Kurang tak sikit rasa sakit tu?"
Pjoe : "Betul ler, rasa kurang sikit. Lepas ni kita gi jogging nak?"
Anasir : "Ko jangan nak buang tebiat jogging pukul 3 pagi ni, ko sakit lagi tu"


Joowear : "Hahahaha...sama"
Pjoe : "Ngehngehngeh..baju kau"
Anasir : "Rambut aku memang macam ni dari dulu ler, korang pon tau!"
*Nota kaki : H for HURLEY - merujuk kepada baju aku.


Joowear : "Bagi lighter, aku nak isap rokok lagi"
Pjoe : "Ko ni, rasa sedap sikit dah isap rokok balik"
Anasir : "Dia dah rasa sedap banyak la tuh joe"


Joowear : "Yang ko ni apsal lak? Sakit lagi ker?"
Pjoe : "Dah, ok sikit. Aku teringatkan sesuatu pulak"
Anasir : "Teringatkan sesuatu ker teringatkan seseorang?"


Joowear : "Tak yah laa ko ingat-ingat lagi pasal dia Joe"
Pjoe : "Mana boleh... Pok Seng Kocak ada hutang lagi ngan aku 20 riyal"
Anasir : "Aku dengar dia baru gi bayar muka nak beli kereta baru"


Joowear : "Celaka punya Pok Seng, esok kita gi rumah dia"
Pjoe : "Hutang tak bayar ada hati nak beli kete baru"
Anasir : "Isap rokok sebatang, kita tido"


Selepas selesai menghisap rokok, ketiga-tiga pesakit ini masuk tidur.
Joowear nak mimpi pasal nak jadi kaya sebelum umur 30 tahun.
Pjoe nak mimpi pasal nak kahwin sebelum umur 30 tahun.
Aku nak mimpi basah dalam mimpi-mimpi mereka berdua.

*Dialog sebenar adalah dalam bahasa Kelantan.

Sekian,
Terima Kasih.