Ahad, 22 Mac 2009

Hikayat Sebuah Pulau Yang Pinang

Ini kali kedua dalam masa 4 bulan aku pijak kaki di Pulau Mutiara ni. Sebelum ni aku datang atas urusan kerja, tapi kali ni aku datang sebab temankan budak metal dan band dia main gig di Weld Quay.

Pulau Pinang agak padat berbanding Kuala Lumpur. Kemahiran memandu kereta di Pulau Pinang juga memerlukan tahap yang lebih tinggi berbanding di ibukota. Tapi, aku tetap suka dengan Pulau Pinang. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin atas sebab faktor geografi aku suka. Mungkin atas faktor itu juga, negeri ini nampak unik. Mungkin.

"Saya mahu makan ikan ini dengan adik saya sambil menonton TV2. Adik saya muka macam Melayu tapi dia Cina"

Sepanjang di Pulau Pinang, kawan aku Mat yang jadi penunjuk arah. Sudah setahun dia mulakan hidup baru disini. Dia datang setahun lepas sehelai sepinggang. Tak ada kerja, tak ada rumah dan tak ada duit. Tidur sepanjang pantai Miami sehingga ke Gurney Drive dan menumpang mandi di masjid. Sekarang, dia dah ada kerja saya, kewangan yang stabil, memandu kereta buatan luar negara dan rumah yang di sewa seorang saja.

Aku amat kagum dengan kesungguhan dia. Dia tak pernah berubah. Jika dia mahukan sesuatu, dia akan dapatkannya.

Dari sekolah, kedai kopi, taman bunga sehinggalah ke padang bola. Dia banyak simpan rahsia aku dan cerita dia juga bertimbun dalam poket aku, ikatan ini yang buatkan aku dengan dia boleh pergi jauh sampai sekarang.

"

2 kali aku datang sini, 2 kali juga aku yang kena paksa oleh kawan aku pandu kereta. Sepatutnya, dia lah yang kena bawa sebab aku dah di kira macam pelancong yang melancong dalam negara sendiri. Lagipun, jalan bukannya aku tahu.

Kawan aku balas balik.

"Selagi kau tak bawak sendiri kereta kat sini, sampai bila ko tak tahu jalan dan perangai orang sini"

Ya!

Di Malaysia, jalanraya boleh di jadikan kayu pengukur untuk menentukan fiil seorang manusia.


2 kali datang sini, 2 kali makan nasi kandar Lineclear. 2 kali datang sini, 2 kali pusing jalan-jalan dalam bandar tengah malam masa hujan. Tapi, ini kali pertama datang sini, 2 kali nampak 2 pelangi.

Cantik!

11 ulasan:

H berkata...

ah, minah tepi tu sibuk lah.
;))

Aku berkata...

sekali sekali g penang memang best. hari2 ada penang, pening jadinyaaaaa

ceri masam berkata...

pulau pinang sgt best!

pemandu kat sana, susah nak bagi laluan! hehehe

kalau ke sana, aku jelah yang tukang pandu walhal aku bukan tau sgt pun! nasib baik kecik je pulau nya ha!

hehe

Mrs Poyo berkata...

cheq bangga jd orang penang..yuuuhu..

BudAk hijAu berkata...

i love penang...hehehhe.
line clear TERBAIK!! :D

FarhanaLicious berkata...

mana buah pala nye?

Unknown berkata...

huhh..great pic's dude..
nampak classic & interesting..
hope u boleh join my blog

Pett Suhaimi berkata...

Lineclear terbaik la!
Awat hang x habaq pi sana?nak kirim nasi Lineclear bwk blk KL.Haha.

Nurul Binti Ibunya berkata...

wah,nasib baik tak terserempak kan..=)

johnbean berkata...

aku nak penang bulan 4 ni hahahaha.....mesti best punya

Keylee Daud berkata...

huiiii....comel2 pics