Masih kecoh lagi sampai ke hari ini. Saya rasa esok pun sama. Kebanyakan orang dalam Malaysia ni khususnya masih lagi rasa gembira dengan kemenangan Malaysia pada Piala AFF Suzuki minggu lepas. Nama yang paling top semestinya lah Khairul Fahmi a.k.a Apek atau MIA (My Incik Apek) merujuk kepada gelaran manja si awek jejari runcing dia, Elia. Saya sendiri pun masih terbayang-bayang lagi ketika dia menyelamatkan sepakan penalti Firman Utina dengan bergaya sekali. Tidak kurang lebih 10 cubaan ke arah gol juga di selamatkan dan ternyata dia memang berhak untuk mendapat pujian melambung lebih tinggi dari KLCC kerana prestasi semasa beliau. Minta-minta dia tidak mudah lupa diri!
Saya tak rasa Khairul Fahmi begitu walaupun saya bukan ahli keluarga dia mahupun jiran sebelah rumah dia. Saya tidaklah mengenali Apek secara peribadi tetapi sebenarnya nama Apek sudah tidak asing lagi bagi penyokong bola sepak Kelantan sejak dia menggalas tugas sebagai gawang utama Kelantan selepas persembahan buruk Syed Adney dan kecederaan Shahrizan Ismail. Beberapa bulan sebelum ini, dia hanyalah penjaga gol ketiga pasukan Kelantan. Tiada siapa yang mengenali dia seperti sekarang. Malah, saya sendiri mula sedar kewujudan dia bersama Kelantan ketika perlawanan Kelantan menentang Selangor yang berkesudahan seri 1-1. Ketika itu dia masih berambut panjang. Dan dia lah juga antara faktor Kelantan tidak kalah pada malam itu.
Terus terang saya katakan saya tidak terkejut dengan persembahan Apek kerana itu lah mutu permainan yang di tunjukkan dengan pasukan Kelantan. Penyokong Kelantan selama ini sudah di sajikan dengan kualiti permainan yang berbeza oleh pemain ini sekaligus merancakkan kemeriahan pesta bola untuk rakyat Kelantan. Begitu juga dengan Nor Sharul Idlan Talaha. Kedua-duanya mempamerkan aksi bertaraf dunia di liga Malaysia! Tidak keterlaluan juga saya katakan yang Apek jugalah antara faktor kejayaan Kelantan menjulang Piala Malaysia untuk 2010. Untuk jangkamasa sekarang, Kelantan tidak perlu bimbang kerana sudah ada perisai terakhir yang sangat sukar untuk di tembusi.
Dari penampilan pertamanya, saya sebenarnya sudah mencongak yang dia mampu ke tahap sekarang, Malah, saya juga menjangkakan untuk tempoh 3 atau 5 tahun lagi, dia mampu untuk menggalas tugas sebagai kapten pasukan jika prestasi yang di tunjukkan tidak merosot. Ini cuma jangkaan lah.
Untuk rekod setakat ini, selain mampu menjaga gawang Malaysia dengan cemerlang, ini juga mungkin bagus untuk resume peribadi beliau. Dia merupakan top 5 trend terhangat di Twitter, berupaya membuat Jupe dan beberapa artis wanita Indonesia lain bercakap mengenai dirinya, tambahan rakan di Facebook meningkat 3 kali ganda, tangga teratas di carian Google dan orang Malaysia yang paling dikenali untuk tahun 2010 dan 2011!
Wah! Pastinya semua orang berangan-angan nak jadi Khairul Fahmi. Apa tidaknya, tempias populariti itu turut di rasakan aweknya. Blog si awek dia pun dapat hit tinggi. Dapat liputan akhbar tempatan dan dengar cerita ada group di Facebook yang mengutuk si awek dia. Bagi saya pula, senario bola sepak kita memang perlukan cerita-cerita sebegini. Baru peminat terasa lebih dekat dengan pemain tapi. Ada tapinya jugak. Asalkan tidak menyimpang dari kerjaya sebenar iaitu bermain bola sudah lah.
Tidak kurang juga ketika saya sedang menulis ni, ada ura-ura mengatakan yang Alex Ferguson berminat untuk mendapatkan khidmat Apek dan ada pula yang mengatakan itu hanyalah satu jenaka dari peminat fanatiknya sedangkan web sebenar Manchester United setakat ini tidak mengeluarkan apa-apa berita pun mengenai spekulasi tersebut.
Tapi kalau betul pun apa salahnya. Bila lagi orang Malaysia nak dapat pendedahan meluas dalam BPL? Kalau Korea dah ada Park Ji Sung dengan Lee Young Pyo dan Jepun dengan Nakata dan Nakamura kenapa kita tak bole ketengahkan Khairul Fahmi, Nor Shahrul dan Safee ke sana? Tak keterlaluan kan? Kualiti permainan mereka sudah setara.
Apa-apa pun, tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada Khairul Fahmi dan awek dia, dan kepada seluruh pasukan Malaysia juga kerana memberi pengertian sebenar tentang bola sepak. Saya juga berharap liga tempatan kita akan terus meriah dengan kehadiran pemain-pemain baru yang akan menyaingi pemain-pemain sedia ada. Saya juga berharap media tempatan akan buat liputan lebih sikit pada bola sepak tempatan. Kata kena sokong barangan tempatan. Siapa yang nak jadi tukang penglipurlara canang cerita kalau bukan media. Jangan ceritanya sedap bila menang saja, lepas ni sunyi sepi tak ada berita. Yang ada pun cuma keputusan perlawanan saja.
Kesimpulannya saya pun tak tahu kenapa saya tulis pasal Khairul Fahmi sampai berjela-jela padahal sebenarnya saya nak tulis pasal ada Skim Wartawan Pelatih 2011 kelolaan Berita Harian. Sesiapa yang berminat boleh lah cuba nasib. Mana tahu dapat buat liputan pasal bola sepak Malaysia di luar negara nanti. Boleh ambik gambar dengan Khairul Fahmi.
2 ulasan:
salam kenal..
amy singgah sini dan follow,jemput ke sinar raudah ye..
ok..tengkiu.. :)
Catat Ulasan