Isnin, 22 Disember 2008
ROCK THE WORLD 8 - Pencetus Kegilaan Remaja Malaysia?
Rock The World Edisi ke 8 baru saja tamat.
Aku bukan nak buat ulasan sangat pun pasal acara yang aku labelkan sebagai acara muzik yang terbesar diniagakan di Malaysia setakat ini, tapi lebih kepada nak berkongsi sedikit sebanyak gambar dan sekaligus mempromosikan sebuah kumpulan tempatan yang membawa muzik ROCK 80an sebagai konsep muzik kumpulan mereka di tengah-tengah remaja Malaysia sekarang ni di landa demam indie!
Sejujurnya, aku bukan peminat acara Rock The World pun. Ini kali kedua aku pijak kaki ke acara ini. Itupun atas sebab ajakan Revenge sebagai krew. Aku berterima kasih dan rasa di hargai juga. Setidak-tidaknya, dapat juga aku merasa berada atas pentas besar walaupun bukan dengan gitar!. Kali pertama aku ke acara ini adalah pada edisi ke 6. Itu juga atas sebab kawan aku yang jaga tiket masuk. Secara jujurnya lagi, aku tak tahu pun apa lagi kumpulan lain yang membuat persembahan pada Rock The World edisi 8 ini selain dari Revenge. Cuma, yang aku dapat agak macam biasalah. Koffin Kanser mesti main.
Aku tak pernah ada masalah dan tak pernah menolak sebarang idea untuk setiap edisi Rock The World. Kalau ada kesempatan dan tiket percuma, memang aku pun akan pergi jenguk juga. Walaubagaimanapun, aku rasa yang Rock The World adalah acara yang amat bagus untuk memberi pendedahan kepada kumpulan muzik dan orang ramai khususnya remaja yang sebenarnya muzik dari kumpulan tempatan juga berkualiti. Cuma, kalau boleh, untuk edisi seterusnya, pilihlah kumpulan yang betul-betul layak untuk di ketengahkan. Janganlah hanya atas dasar perniagaan semata-mata.
Kami sampai awal. Seawal 5.00 petang walaupun dalam jadual Revenge sepatutnya membuat persembahan pada pukul 10.oo malam. Saja mahu sampai awal tak nak bagi kelam kabut. Sambil-sambil nak buat persediaan. Takut ada barang tertinggal. Sebelum itu, kami berfoya-foya dulu dalam khemah yang di sediakan. Ada makan-makan. Ada gadis-gadis jual rokok. Ada muka-muka yang di kenali!
Dengar ceritanya, Laila's Lounge tiba-tiba berpecah. Slotnya di ganti oleh Bittersweet yang sanggup jadi bidan terjun. Lepas Koffin Kanser. Revenge muncul menggegarkan Rock The World.
*Untuk peminat-peminat muzik Rock 80-an bolehlah cuba tambah mereka sebagai kawan di Myspace. Kalau tak minat Rock 80-an pun boleh tambah juga!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
23 ulasan:
macam KISS da..
R-E-V-E-N-G-E @ RTW8 (youtube)
cantik pic ko snap beb.baca paper kecoh pasal Radhi bukak baju pakai songkok lah pulak kat RTW ni.
tapi if sape ade band n leh perform kat RTW kira banggala kan.Tak kenal lah kwn2 lama.haha
wey gambar2 kau memang menarik. kau duduk kat mana? ke kau pakai telephoto? hehehehe
jom kita jadi rockstar
baru perempuan mariii
haha
diloz : hahaha..KISS pun tak macam tuh..hehe
Adzfar Aiman : performance diorang memang dasat..hehe
khys : terima kasih.. :)
SUXX : hehehe..lumrah lah tuh..bila dah femes takde nye nak kenal kawan2 lagi..tahan je laaa..hehe
naniallen : takde maknanya pakai tele..banyak lak duit aku nak pakai tele..aku pakai standard lens je 18-55mm ngan 50mm
pjoe : mung rockstar doh..hahaha
waaaaa mamat rambut pacak2 tu ada je lepak depan aku...aku mcm blur je tngk dia sbb rambut dia macam tu.takut!
apesal aku tak nampak ko?iskkk
ceh..pi sana bkn nak menyinggah kat umah aku..i hate u bdk shedap..hahaha
eh budak shedap?
aku tetiba nak komen pasal benda ni lah
sedap ke ko ni?
setahu aku, ko ni masin..
so aku rasa ko tak sedap, sbb aku tak suka manis
wuyo!
nurulaimi : ko ni orang2 femes memang selalu nampak...haha..aku tak cukup femes lagi kot..sebab tu ko tak nampak aku
faryn : hek eleh..ada masa lak aku nak menyinggah umah ko..aku gi bekerja bukan gi berfoya-foya..
razaisyam : ko jeles sebab ko rasa payau kan?
onelove : yehaaaaaaaaa!
ely si bdk kecik,bdk shedap untuk yg dah dewasa,ko dok diam2 je la.
nasir,pas blk keje bley berfoya2 apa ngan aku.hahaha
erm. walaupun saya tidak meminati rock 80-an, Revenge menghiburkan saya pada mlm tu.
:)
oh.saya tak pergi rtw tahun ni.
cuma nak tau,lagi best dr rtw 7 ke x? klu x,maknenya saya tak rugi,hehe
Faryn : berfoya-foya ngan ko eh? Hehehe.. aku takut ko tak tahan jer kalo berfoya-foya ngan aku..
hid : baguslah tuh..hehe
hana : ntahlaaa..saya tatau RTW 7 sedap ker tak..sama je kot..hehe
pakai kit lens je? tak gegar pulak? dah la gelap malam kat konsert org bertolak2 pulak. kau ni memang terbaik!
nani allen : ko lagi terbaik! mulut ko ada saka..mulut aku mana ada..bila ko nak belanja aku makan tomyam ni?
best ke jd rockstar???
jap.aku rse xjodoh lah. xdpt pn jumpe ko kt rtw ni.
corpse :
mana la saya tau..saya bukan rokstar!
kiss of judas :
susah kot nak jumpa..orang tak ramai lak kan..hehe..lagipon aku duk belakang la jude..
Revenge mmg tbaek each time dorang perform.sadly ta dpt pegi utk RTW8 nie.sedeyh.
p/s;yg pkai bj kotak2 tu name nyer yaya hafiza eyh?
quya anuar : revenge memang best..entahlah..yang baju kotak2 tu saya pun lupa apa nama dia..sori..hehe..
Catat Ulasan