Isnin, 13 Oktober 2008

Bermain dengan perasaan Sakit dan Penat di hujung minggu!

Tidak seperti malam-malam sebelumnya,
malam ini ada percubaan untuk mencahayakan bilik gelap.
Percubaan yang timbul dari rasa sakit dan penat!

Joowear sakit dada sebab hisap rokok banyak sangat.
Pjoe sakit kepala sebab migrainnya datang lagi.
Aku sakit mata sebab tengok banyak cahaya!.

Memandangkan kamera aku dan Joowear terdedah dan terbaring longlai,
dan ada cahaya yang keluar dari mentol 40watt dari sebuah lampu berdiri buatan pengeluar perabot terkenal dari Sweden,
Sejurus selepas itu, timbul idea untuk merakam detik-detik kesakitan.
Sekaligus, cuba untuk mengubat rasa sakit.

Buka mata kamu luas-luas untuk tengok pesakit-pesakit ini sebab cahayanya tak cukup terang!

Joowear : "Kurang sikit rasa sakit dada aku jadi model ni"
Pjoe : "Betul ker boleh hilang rasa sakit kalo jadi model?"
Anasir : "Cakap jer ko pun nak jadi model, kan senang"


Joowear : "Amacam? Kurang tak sikit rasa sakit tu?"
Pjoe : "Betul ler, rasa kurang sikit. Lepas ni kita gi jogging nak?"
Anasir : "Ko jangan nak buang tebiat jogging pukul 3 pagi ni, ko sakit lagi tu"


Joowear : "Hahahaha...sama"
Pjoe : "Ngehngehngeh..baju kau"
Anasir : "Rambut aku memang macam ni dari dulu ler, korang pon tau!"
*Nota kaki : H for HURLEY - merujuk kepada baju aku.


Joowear : "Bagi lighter, aku nak isap rokok lagi"
Pjoe : "Ko ni, rasa sedap sikit dah isap rokok balik"
Anasir : "Dia dah rasa sedap banyak la tuh joe"


Joowear : "Yang ko ni apsal lak? Sakit lagi ker?"
Pjoe : "Dah, ok sikit. Aku teringatkan sesuatu pulak"
Anasir : "Teringatkan sesuatu ker teringatkan seseorang?"


Joowear : "Tak yah laa ko ingat-ingat lagi pasal dia Joe"
Pjoe : "Mana boleh... Pok Seng Kocak ada hutang lagi ngan aku 20 riyal"
Anasir : "Aku dengar dia baru gi bayar muka nak beli kereta baru"


Joowear : "Celaka punya Pok Seng, esok kita gi rumah dia"
Pjoe : "Hutang tak bayar ada hati nak beli kete baru"
Anasir : "Isap rokok sebatang, kita tido"


Selepas selesai menghisap rokok, ketiga-tiga pesakit ini masuk tidur.
Joowear nak mimpi pasal nak jadi kaya sebelum umur 30 tahun.
Pjoe nak mimpi pasal nak kahwin sebelum umur 30 tahun.
Aku nak mimpi basah dalam mimpi-mimpi mereka berdua.

*Dialog sebenar adalah dalam bahasa Kelantan.

Sekian,
Terima Kasih.








12 ulasan:

pjoe berkata...

aku rasa minggu ni adalah minggu aku byk expose kan diri dalam internet
haha

tido la weh!
namo ado hok makan robar
kaka

Anasir berkata...

pjoe,
kita bayar untuk talian internet..gunakan lah sepuas-puasnya!

Esok lusa, aku akan cuba expose kan kamu lagi!

iamstradust berkata...

lampu ini sangat sesuai di bilik gelap kau

lighting yg lawa

WorkingMama berkata...

cantik gambar..
dialog pun cantik..

AmY berkata...

cantik gambar...
buat photoshoot banyak-banyak lagi

:D

Unknown berkata...

aku merindui teman sebantal setilam sedapurku disana....

joowear berkata...

letey melayan teman2 yg tk pernah kenal erti tido malam..heheh..

Wan Farhanim berkata...

kamu takut cahaya ke?
haha btw si pjoe nk kawin sebelum umur 30?

silent-no-more berkata...

aku baru nak komen set-set mu betul ker cakap camtuh
nasib ada komen yg last sekali
tlg tjk rumah tuh byk2 bleh?
comel plak rumah tuh
hahahahahhaha

-Bahiyah

Anasir berkata...

razaisyam : jangan ingat aku akan termakan dengan kelawaan lighting tu..ini bilik ok..ecehhhhh

farah sr : saya banyak kena belajar lagi..tengkiu anyway..selamat bergelap!

nurulaimi : bila kita mahu membuat sesi fotografi bersama2 lagi?

ilovebudu : aku kepingin merakamkan detik kesakitan kita dulu-dulu..kalaulah masa boleh di undur..

joowear : tak tido ada sebab tuh..hehehe

cherrybomb : saya keluar malam saja..tapi saya bukan batman atau vampire! :P

silentnomore : bahiyah,nanti aku dedahkan lagi kecantikan rumah itu banyak-banyak..hehehehe

Naj(whoa) berkata...

nice pictures. punya flickr?

Anasir berkata...

najwa : pernah ada flickr, tapi tak letak banyak gambar pon..dah lama tak bukak..password pon dah tak ingat..nanti kalo ada masa ingat nak bukak yang baru..limited sangat ler..
:)