Rabu, 2 Februari 2011

Menang Tak Boleh, Tak Menang Lagi Lah Tak Boleh

Sejak sekian lama nak 'rampas' Stadium Shah Alam, akhirnya berjaya juga di takluk.

Banyak beza tengok bola kat Stadium Shah Alam tahun 2011 ni. Nampaknya pihak pengurusan stadium dia dah mula pakai otak nak buat kerja. Selama ni banyak pakai buku lali agaknya. Tahniah dan bagus sekali tindakan pihak pengurusan kali ni yang bertindak bijak dengan mengadakan ruang pengasingan dan pembahagian tempat duduk yang sama rata. Kalau tak sebelum ni jangan harap lah nak duduk rilek. Mesti nak kena baling. Lepas tu kuar TV dan surat kabar kerajaan cakap peminat Kelantan yang start dulu. Lepas tu ada yang bangang macam Abdul Sokernet boleh percaya. Memang bangang berganda la jawab dia.

Mana yang kena puji tu kita puji lah. Mana yang nak kena tegur tu kita tegur lah. Bukan apa. Biar semua orang reti bahasa. Baru senang nak bercakap. Ni asyik nak provoke je memang serabut la nak pikir. Nak kena pikir pasal bayar kereta, sewa rumah lagi. Haissshhhh. Tak ada masa nak pikir. Kalau tak dapat semua orang, tapi kalau dapat sebahagian besar orang kita yang cuba pakai kepala brader Rambo ni pun dah kira ok. Brader Rambo ni paham kalau kita cakap pasal mentaliti. Sebab dia reti bahasa.



Tahun ni memang aku malas nak ambil tahu lagi pasal karenah media ataupun mana-mana manusia yang cuba nak jadi penulis sukan tapi buta kayu. Baik aku baca Wikipedia. Bukan boleh percaya sangat orang buta kayu. Hidup dengan teori-teori yang self centered dan kecemburuan. Aku dah lali dah pun dengan benda-benda macam tu. Aku ada mata, aku ada telinga dan aku ada duit nak pergi tengok kat stadium daripada sesetengah orang yang duk puja bola orang putih tapi buta bola tempatan. Kalau nak cakap pasal sejarah, sekali lagi baik aku baca Wikipedia. Benda lepas orang tak kenang dah. Nanti sebak. Orang ambil tahu benda yang jadi sekarang ni. Baru tak ketinggalan.

Lagipun biasa la, El Campeon dah tiba. Yang mana telur besar sebelah tu pakat gerun la tuh.

Jumaat, 28 Januari 2011

Ah Cai Pun Adoi

Hari ini hari Jumaat yang sangat tenang walaupun tak pergi semayang jumaat tadi. Buat masa sekarang ni aku malas nak layan benda remeh temeh dan bukan-bukan ni.

Aku nak duk rilek je. Sambil-sambil tunggu game Kelantan lawan Selangor malam esok. Sambil-sambil layan Ah Cai.

Khamis, 20 Januari 2011

Mari Bertaubat

Aku seorang yang selekeh. Selekeh habis. Baju besar dan menggeleber. Seluar labuh sampai sapu semua taik ayam atas jalan. Rambut bersepah. Jarang pakai kasut. Banyak heret selipar saja. Memang tak menarik langsung kalau awek tengok. Setakat ni juga, memang tak ada seorang pun awek yang tengok. Tapi hero takde hal. Itu perkara kecil saja. Hero tak cepat menggelabah.

Aku memang seorang yang ringkas. Kalau setakat nak keluar tapau nasi atau beli rokok dengan kedai runcit dekat luar sana. Kadang-kadang aku redah dengan kain pelikat saja. Bukan sapa nak tengok pun. Macam aku cakap tadilah. Kalau ada awek tengok pun, belum tentu dia berkenan.

Jadi, nak di jadikan cerita. Semalam, keluarlah aku menapak ke kedai depan dengan berkain pelikat, berselipar jepun dan berbaju T murah saja. Tak bawa wallet tak bawa apa cuma berbekalkan RM 50 untuk bayar nasi saja. Masa akak kedai makan tu tengah goreng nasi, duit aku tercicir. Kalau dah tercicir tu maknanya aku tak perasan la kan. Lalu, si akak kedai makan tu pun menegur. Katanya duit aku jatuh.

Dia buka cerita lagi. 2-3 hari lepas ada kemalangan. Habis syiling terburai atas lebuhraya. Ramai orang kutip. Ada yang datang pakai penyodok. Aku jawab aku pun ada baca pasal berita tu. Macam cerita Ali Baba Bujang Lapok. Dia tambah lagi, sebelum sebelum tu dekat Shah Alam, ada seorang hamba Allah yang keluarkan RM 5000 tapi nasib malang duitnya di tiup angin. Mat indon, bangla, melayu, kacukan siam-pakistan semualah yang ada dekat-dekat situ macam orang gila berpesta kutip duit. Macam baru jatuh dari langit. Aku jawab. Yang itu aku baru tahu. Tak masuk dalam paper kot.

Panjang jugalah akak kedai makan tu hurai. Siap masuk bab rezeki lagi. Siap keluar ayat 1000 Dinar lagi. Aku iya kan saja. Iya lah. Dah memang betul apa yang akak tu cakap. Nak kena pikir jugak rezeki ni datang dari mana sebenarnya. Betul ke rezeki tu datang sebab kita usaha? Kalau dalam Quran, Dia kata semua yang ada pada makhluk itu tidak akan berlaku kerana bukan izin Allah.

Setelah selesai membayar, aku menapak balik. Dalam kepala masih lagi terfikir apa yang akak kedai makan tu cakap tadi. Sambil-sambil aku senyum. Ada seorang awek lalu dari depan. Dia pun senyum-senyum juga. :)

Tiba-tiba baru aku perasan. Kenapa ada benang tebal kat baju aku ni?

Akak kedai makan tu pun satu, langsung tak warning baju aku terbalik. Dem!

Perihal Kenderaan

Darjah 4 aku ada belajar Alam dan Manusia. Masuk sekolah menengah aku belajar Geografi. Asas pelajarannya sama. Nak mendekatkan diri kita dengan keadaan sekeliling dan mengenal fakta-fakta yang setiap satunya mempunyai koordinasi masing. Ceh! Macam bagus pula aku nak huraikan pasal matapelajaran ni. Dekat sekolah dulu ini matapelajaran teras bukannya elektif. Jadi nak tak nak terpaksa belajar. Aku ada sejarah hitam juga dengan cikgu Geografi dulu. Gara-gara malas nak trace balik peta dan sibuk main perang kertas dengan classmate masa dia mengajar.

Tapi aku dah lupakan semua tu. Biasalah. Asam garam masa sekolah. Kalau tak ada sejarah hitam dengan cikgu, tak rock lah. Budak-budak skima je yang tak layan rock!

Seingat aku, matapelajaran ini mendedahkan banyak perkara-perkara asas dalam kehidupan manusia yang bersistem ini. Kenderaan yang dulunya tidak termasuk dalam hierarki keperluan asas selepas pakaian, makanan, dan tempat tinggal sudah boleh di masukkan sebagai satu perkara asas dalam hidup manusia juga.

Dari zaman persekolahan hingga zaman sekarang, dah banyak kenderaan yang aku sempat pakai. Zaman sekolah rendah aku mula pakai BMX warna biru. Masuk sekolah menengah aku pakai basikal LeRun watna hijau. Masuk belajar kat institusi aku dah mula pakai Honda. EX5. Habis belajar pun aku bawa Honda EX5 tu ke Kuala Lumpur. Walaupun sekarang ni dia dah tak duk dengan aku, tapi memang banyak jasa dia kepada aku.

Dari tempat kerja ke padang bola patah balik ke surau sampai la jalan-jalan pusing tengok dunia kat Jalan P.Ramlee, pendek kata dia dah tengok banyak benda yang aku tengok. Cerita baik cerita jahat semua dalam poket dia. Kalau lah dia pandai berkata-kata dah lama dah bocor segala rahsia. Tapi dia memang seorang yang setia. Tak pernah merungut walaupun kadang-kadang pernah buat hal. Aku balik kampung sekarang ni pun dia ada lagi. Masih sihat lagi. Adik aku dah ambil alih tanggungjawab nak jaga dia. Oklah. Sekurang-kurangnya dia terjaga.

Ikutkan hati kalau di KL ni aku lebih rela naik pengangkutan awam. Dengan syarat perkhidmatannya kena lah bagus. Nak naik bas sekarang ni bukan sombong. Tapi macam tak ada hati sangat. Rapid KL kena tunggu sampai janggut tumbuh 2 cm dulu baru nak sampai. Metrobus pula memang dah rasmi jadi syarikat bas untuk warga asing.

Nak cerita pasal LRT Putra dan Star pun aku boleh. Tiap-tiap hari juga aku ulang-alik dengan menatang ni dulu. Itu pun sebenarnya leceh. Servis tak tip top lagi. Banyak perkara yang perlu di kemaskan lagi untuk dapat status perkhidmatan terbaik tu. Bukan dapat sebab tak ada pesaing lain. Harga yang perlu dibayar juga amat berbeza. Melibatkan masa dan tenaga sekali.

Jadi, tak hairan lah sekarang ni kereta dah melimpah-limpah atas jalan kat KL ni. Tu tak di tambah lagi dengan yang parking merata di bahu jalan. Memang nampak ketara sangat pertumbuhan orang yang pakai kereta sekarang. Semua orang, termasuk aku sendiri, memang nak kan benda yang lancar setiap hari. Masalah dah memang datang setiap hari. Kalau boleh malas rasa tertekan dengan masalah macam ini.

Pakai kereta di bandaraya ni pun bukannya penyelesaian masalah juga. Ada masalah lain yang bakal timbul nanti. Komitmen wajib kalau dah berkenderaan nak kena isi minyak, nak kena bayar tol, nak kena maintain bulan-bulan. Tak termasuk lagi dengan kerenah-kerenah sang pedajal yang buat onar. Dah banyak kali juga aku jumpa kesan calar tapi tak tahu siapa punya angkara. Atas sebab apa pun tak tahu.

Banyaklah kalau aku nak cerita peel perangai manusia ni. Masing-masing selalu saja dengan ketidakpuasan hati. Rasa nak memberontak. Kot ye pun nak memberontak jangan lah lampiaskan perasaan tu dekat kereta orang lain. Buatlah pada kereta sendiri.

Aku memang seorang yang malas nak drive. Aku memang selalu berharap akan ada orang yang suka drive untuk aku. Maksud aku secara peribadi. Bukannya berkongsi macam drebar bas atau drebar komuter yang lain.

Selasa, 18 Januari 2011

Hari Yang Tenang

Hari ini boleh di kira sebagai hari yang produktif dalam hidup aku. Nak kata produktif sangat sampai boleh menjana ekonomi negara tu bohong lah. Setakat ni tak ada lagi sampai tahap macam tu. Lebih kepada menjana ekonomi untuk diri sendiri saja dulu.

Hari ni juga semuanya nampaknya berjalan dengan agak lancar. Sampai lampu isyarat terus hijau. Boleh jalan terus. Tak payah sesak-sesak. Cuaca pun redup saja. Janji dengan Rais pun ngam-ngam sama-sama sampai. Rais kalau tengok muka memang kaki pukul. Kalau bercakap nak pasal ada isi ke takde isi je. Kalau tinggal kulit dengan tulang saja memang Rais tak layan. Aku ni kira kes terpencil je dia layan.

Makan tengahari tadi Nasi Ayam Penyet. Tak mahal sangat pun. Harga yang perlu di bayar hanya mendengar keluh kesah aduan rakyat hati Rais pasal komplen orang-orang atas berhubung site P15 dan kawasan jalan motor, Putrajaya. Dia cakap dia pun bengang dengan apa yang dia kena hadap sekarang padahal dia rasa dia dah buat kerja dengan betul. Dia rasalah.

Walaupun aku tahu korang tak kenal Rais dan Rais pun tak tahu aku ada blog. Aku terkilan sebab tak ada gambar pasport Rais dan aku harap Rais tak akan cuba-cuba baca blog. Aku tak rasa dia akan baca blog. Jadi, aku mengambil kesempatan in untuk menujukan sebuah lagu untuk Rais

Isnin, 17 Januari 2011

Api Dalam Sekam

"Jangan main dengan api takut nanti terbakar diri"

Begitulah kata-kata orang tua-tua. Walaupun yang terbakar diri itu pada mulanya tidak bermain-main pun dengan api. Begitu juga dengan kebakaran rumah. Ia biasanya melibatkan sistem pendawaian yang sudah tua. Litar pintas.

Yang amat aku takuti sekarang adalah 'api' yang ada di dalam diri dan juga 'api-api' yang berada di sekeliling aku sekarang. Siapa sangka aku sekarang ini sedang bermain dengan api tanpa aku sedari.

Bunyi-bunyi api ini juga seringkali berkumandang di udara menunjukkan sudah masuk waktu. Waktu apa? Yang itu kita tak tahu lagi. Nanti kita check balik ok. Buat masa sekarang ni, kita sama-sama dengar lagu berapi ni dulu.

Sebelum berpisah. Jangan biarkan hidup anda di bakar. Sekali lagi.

Sabtu, 15 Januari 2011

Serius Sh*t

Minggu ni minggu serius. Tak mau main-main. Muka pun nak kena ketat je selalu. Tapi time makan nasi tak ada lah ketat sangat. Ketat biasa-biasa je. Benda-benda berkaitan lapar dan makan nasi ni pun bukan boleh buat sambil lewa sangat. Kalau tak, bising orang tua kat kampung nun kalau tau anak dia lapar tak makan.

Jadi serius macam ni pun bukan saja-saja. Ada sebab. Kerja yang dapat kali ni bukan kerja main-main. Nak kena mengadap orang besar. Besar tak besar jugak lah. Kalau korang tau apa tu CEO korang tau la besar mana. Ni bukan macam buat khemah masa perkhemahan agung jamboree pengakap dulu. Buat pakai kaki. Tendang-tendang sikit lepas tu siap. Ni kerja kena pakai kaki dan tangan. Otak memang sudah semestinya kena pakai. Mulut dengan lidah pun terlibat. Berbelit sikit pun tak apa lah. Nak cakap dengan orang besar ni kena cakap orang putih baru nampak tahap keyakinan tu tinggi. Grammar entah ke mana pun tak apa. Janji dua-dua faham.

Satu lagi, kadar taburan hujan dan bilangan kereta yang makin meningkat di jalan raya di Malaysia ni pun perkara serius juga. Kalau kedua-duanya berlaku serentak dalam waktu puncak, tak heran lah perjalanan dari Damansara ke Shah Alam pun boleh jadi 2 jam lebih. Ingat ini benda main-main ke? Ini dah melibatkan perasaan sekali tau.