Khamis, 20 Januari 2011

Perihal Kenderaan

Darjah 4 aku ada belajar Alam dan Manusia. Masuk sekolah menengah aku belajar Geografi. Asas pelajarannya sama. Nak mendekatkan diri kita dengan keadaan sekeliling dan mengenal fakta-fakta yang setiap satunya mempunyai koordinasi masing. Ceh! Macam bagus pula aku nak huraikan pasal matapelajaran ni. Dekat sekolah dulu ini matapelajaran teras bukannya elektif. Jadi nak tak nak terpaksa belajar. Aku ada sejarah hitam juga dengan cikgu Geografi dulu. Gara-gara malas nak trace balik peta dan sibuk main perang kertas dengan classmate masa dia mengajar.

Tapi aku dah lupakan semua tu. Biasalah. Asam garam masa sekolah. Kalau tak ada sejarah hitam dengan cikgu, tak rock lah. Budak-budak skima je yang tak layan rock!

Seingat aku, matapelajaran ini mendedahkan banyak perkara-perkara asas dalam kehidupan manusia yang bersistem ini. Kenderaan yang dulunya tidak termasuk dalam hierarki keperluan asas selepas pakaian, makanan, dan tempat tinggal sudah boleh di masukkan sebagai satu perkara asas dalam hidup manusia juga.

Dari zaman persekolahan hingga zaman sekarang, dah banyak kenderaan yang aku sempat pakai. Zaman sekolah rendah aku mula pakai BMX warna biru. Masuk sekolah menengah aku pakai basikal LeRun watna hijau. Masuk belajar kat institusi aku dah mula pakai Honda. EX5. Habis belajar pun aku bawa Honda EX5 tu ke Kuala Lumpur. Walaupun sekarang ni dia dah tak duk dengan aku, tapi memang banyak jasa dia kepada aku.

Dari tempat kerja ke padang bola patah balik ke surau sampai la jalan-jalan pusing tengok dunia kat Jalan P.Ramlee, pendek kata dia dah tengok banyak benda yang aku tengok. Cerita baik cerita jahat semua dalam poket dia. Kalau lah dia pandai berkata-kata dah lama dah bocor segala rahsia. Tapi dia memang seorang yang setia. Tak pernah merungut walaupun kadang-kadang pernah buat hal. Aku balik kampung sekarang ni pun dia ada lagi. Masih sihat lagi. Adik aku dah ambil alih tanggungjawab nak jaga dia. Oklah. Sekurang-kurangnya dia terjaga.

Ikutkan hati kalau di KL ni aku lebih rela naik pengangkutan awam. Dengan syarat perkhidmatannya kena lah bagus. Nak naik bas sekarang ni bukan sombong. Tapi macam tak ada hati sangat. Rapid KL kena tunggu sampai janggut tumbuh 2 cm dulu baru nak sampai. Metrobus pula memang dah rasmi jadi syarikat bas untuk warga asing.

Nak cerita pasal LRT Putra dan Star pun aku boleh. Tiap-tiap hari juga aku ulang-alik dengan menatang ni dulu. Itu pun sebenarnya leceh. Servis tak tip top lagi. Banyak perkara yang perlu di kemaskan lagi untuk dapat status perkhidmatan terbaik tu. Bukan dapat sebab tak ada pesaing lain. Harga yang perlu dibayar juga amat berbeza. Melibatkan masa dan tenaga sekali.

Jadi, tak hairan lah sekarang ni kereta dah melimpah-limpah atas jalan kat KL ni. Tu tak di tambah lagi dengan yang parking merata di bahu jalan. Memang nampak ketara sangat pertumbuhan orang yang pakai kereta sekarang. Semua orang, termasuk aku sendiri, memang nak kan benda yang lancar setiap hari. Masalah dah memang datang setiap hari. Kalau boleh malas rasa tertekan dengan masalah macam ini.

Pakai kereta di bandaraya ni pun bukannya penyelesaian masalah juga. Ada masalah lain yang bakal timbul nanti. Komitmen wajib kalau dah berkenderaan nak kena isi minyak, nak kena bayar tol, nak kena maintain bulan-bulan. Tak termasuk lagi dengan kerenah-kerenah sang pedajal yang buat onar. Dah banyak kali juga aku jumpa kesan calar tapi tak tahu siapa punya angkara. Atas sebab apa pun tak tahu.

Banyaklah kalau aku nak cerita peel perangai manusia ni. Masing-masing selalu saja dengan ketidakpuasan hati. Rasa nak memberontak. Kot ye pun nak memberontak jangan lah lampiaskan perasaan tu dekat kereta orang lain. Buatlah pada kereta sendiri.

Aku memang seorang yang malas nak drive. Aku memang selalu berharap akan ada orang yang suka drive untuk aku. Maksud aku secara peribadi. Bukannya berkongsi macam drebar bas atau drebar komuter yang lain.

Tiada ulasan: