Jumaat, 28 Januari 2011

Ah Cai Pun Adoi

Hari ini hari Jumaat yang sangat tenang walaupun tak pergi semayang jumaat tadi. Buat masa sekarang ni aku malas nak layan benda remeh temeh dan bukan-bukan ni.

Aku nak duk rilek je. Sambil-sambil tunggu game Kelantan lawan Selangor malam esok. Sambil-sambil layan Ah Cai.

Khamis, 20 Januari 2011

Mari Bertaubat

Aku seorang yang selekeh. Selekeh habis. Baju besar dan menggeleber. Seluar labuh sampai sapu semua taik ayam atas jalan. Rambut bersepah. Jarang pakai kasut. Banyak heret selipar saja. Memang tak menarik langsung kalau awek tengok. Setakat ni juga, memang tak ada seorang pun awek yang tengok. Tapi hero takde hal. Itu perkara kecil saja. Hero tak cepat menggelabah.

Aku memang seorang yang ringkas. Kalau setakat nak keluar tapau nasi atau beli rokok dengan kedai runcit dekat luar sana. Kadang-kadang aku redah dengan kain pelikat saja. Bukan sapa nak tengok pun. Macam aku cakap tadilah. Kalau ada awek tengok pun, belum tentu dia berkenan.

Jadi, nak di jadikan cerita. Semalam, keluarlah aku menapak ke kedai depan dengan berkain pelikat, berselipar jepun dan berbaju T murah saja. Tak bawa wallet tak bawa apa cuma berbekalkan RM 50 untuk bayar nasi saja. Masa akak kedai makan tu tengah goreng nasi, duit aku tercicir. Kalau dah tercicir tu maknanya aku tak perasan la kan. Lalu, si akak kedai makan tu pun menegur. Katanya duit aku jatuh.

Dia buka cerita lagi. 2-3 hari lepas ada kemalangan. Habis syiling terburai atas lebuhraya. Ramai orang kutip. Ada yang datang pakai penyodok. Aku jawab aku pun ada baca pasal berita tu. Macam cerita Ali Baba Bujang Lapok. Dia tambah lagi, sebelum sebelum tu dekat Shah Alam, ada seorang hamba Allah yang keluarkan RM 5000 tapi nasib malang duitnya di tiup angin. Mat indon, bangla, melayu, kacukan siam-pakistan semualah yang ada dekat-dekat situ macam orang gila berpesta kutip duit. Macam baru jatuh dari langit. Aku jawab. Yang itu aku baru tahu. Tak masuk dalam paper kot.

Panjang jugalah akak kedai makan tu hurai. Siap masuk bab rezeki lagi. Siap keluar ayat 1000 Dinar lagi. Aku iya kan saja. Iya lah. Dah memang betul apa yang akak tu cakap. Nak kena pikir jugak rezeki ni datang dari mana sebenarnya. Betul ke rezeki tu datang sebab kita usaha? Kalau dalam Quran, Dia kata semua yang ada pada makhluk itu tidak akan berlaku kerana bukan izin Allah.

Setelah selesai membayar, aku menapak balik. Dalam kepala masih lagi terfikir apa yang akak kedai makan tu cakap tadi. Sambil-sambil aku senyum. Ada seorang awek lalu dari depan. Dia pun senyum-senyum juga. :)

Tiba-tiba baru aku perasan. Kenapa ada benang tebal kat baju aku ni?

Akak kedai makan tu pun satu, langsung tak warning baju aku terbalik. Dem!

Perihal Kenderaan

Darjah 4 aku ada belajar Alam dan Manusia. Masuk sekolah menengah aku belajar Geografi. Asas pelajarannya sama. Nak mendekatkan diri kita dengan keadaan sekeliling dan mengenal fakta-fakta yang setiap satunya mempunyai koordinasi masing. Ceh! Macam bagus pula aku nak huraikan pasal matapelajaran ni. Dekat sekolah dulu ini matapelajaran teras bukannya elektif. Jadi nak tak nak terpaksa belajar. Aku ada sejarah hitam juga dengan cikgu Geografi dulu. Gara-gara malas nak trace balik peta dan sibuk main perang kertas dengan classmate masa dia mengajar.

Tapi aku dah lupakan semua tu. Biasalah. Asam garam masa sekolah. Kalau tak ada sejarah hitam dengan cikgu, tak rock lah. Budak-budak skima je yang tak layan rock!

Seingat aku, matapelajaran ini mendedahkan banyak perkara-perkara asas dalam kehidupan manusia yang bersistem ini. Kenderaan yang dulunya tidak termasuk dalam hierarki keperluan asas selepas pakaian, makanan, dan tempat tinggal sudah boleh di masukkan sebagai satu perkara asas dalam hidup manusia juga.

Dari zaman persekolahan hingga zaman sekarang, dah banyak kenderaan yang aku sempat pakai. Zaman sekolah rendah aku mula pakai BMX warna biru. Masuk sekolah menengah aku pakai basikal LeRun watna hijau. Masuk belajar kat institusi aku dah mula pakai Honda. EX5. Habis belajar pun aku bawa Honda EX5 tu ke Kuala Lumpur. Walaupun sekarang ni dia dah tak duk dengan aku, tapi memang banyak jasa dia kepada aku.

Dari tempat kerja ke padang bola patah balik ke surau sampai la jalan-jalan pusing tengok dunia kat Jalan P.Ramlee, pendek kata dia dah tengok banyak benda yang aku tengok. Cerita baik cerita jahat semua dalam poket dia. Kalau lah dia pandai berkata-kata dah lama dah bocor segala rahsia. Tapi dia memang seorang yang setia. Tak pernah merungut walaupun kadang-kadang pernah buat hal. Aku balik kampung sekarang ni pun dia ada lagi. Masih sihat lagi. Adik aku dah ambil alih tanggungjawab nak jaga dia. Oklah. Sekurang-kurangnya dia terjaga.

Ikutkan hati kalau di KL ni aku lebih rela naik pengangkutan awam. Dengan syarat perkhidmatannya kena lah bagus. Nak naik bas sekarang ni bukan sombong. Tapi macam tak ada hati sangat. Rapid KL kena tunggu sampai janggut tumbuh 2 cm dulu baru nak sampai. Metrobus pula memang dah rasmi jadi syarikat bas untuk warga asing.

Nak cerita pasal LRT Putra dan Star pun aku boleh. Tiap-tiap hari juga aku ulang-alik dengan menatang ni dulu. Itu pun sebenarnya leceh. Servis tak tip top lagi. Banyak perkara yang perlu di kemaskan lagi untuk dapat status perkhidmatan terbaik tu. Bukan dapat sebab tak ada pesaing lain. Harga yang perlu dibayar juga amat berbeza. Melibatkan masa dan tenaga sekali.

Jadi, tak hairan lah sekarang ni kereta dah melimpah-limpah atas jalan kat KL ni. Tu tak di tambah lagi dengan yang parking merata di bahu jalan. Memang nampak ketara sangat pertumbuhan orang yang pakai kereta sekarang. Semua orang, termasuk aku sendiri, memang nak kan benda yang lancar setiap hari. Masalah dah memang datang setiap hari. Kalau boleh malas rasa tertekan dengan masalah macam ini.

Pakai kereta di bandaraya ni pun bukannya penyelesaian masalah juga. Ada masalah lain yang bakal timbul nanti. Komitmen wajib kalau dah berkenderaan nak kena isi minyak, nak kena bayar tol, nak kena maintain bulan-bulan. Tak termasuk lagi dengan kerenah-kerenah sang pedajal yang buat onar. Dah banyak kali juga aku jumpa kesan calar tapi tak tahu siapa punya angkara. Atas sebab apa pun tak tahu.

Banyaklah kalau aku nak cerita peel perangai manusia ni. Masing-masing selalu saja dengan ketidakpuasan hati. Rasa nak memberontak. Kot ye pun nak memberontak jangan lah lampiaskan perasaan tu dekat kereta orang lain. Buatlah pada kereta sendiri.

Aku memang seorang yang malas nak drive. Aku memang selalu berharap akan ada orang yang suka drive untuk aku. Maksud aku secara peribadi. Bukannya berkongsi macam drebar bas atau drebar komuter yang lain.

Selasa, 18 Januari 2011

Hari Yang Tenang

Hari ini boleh di kira sebagai hari yang produktif dalam hidup aku. Nak kata produktif sangat sampai boleh menjana ekonomi negara tu bohong lah. Setakat ni tak ada lagi sampai tahap macam tu. Lebih kepada menjana ekonomi untuk diri sendiri saja dulu.

Hari ni juga semuanya nampaknya berjalan dengan agak lancar. Sampai lampu isyarat terus hijau. Boleh jalan terus. Tak payah sesak-sesak. Cuaca pun redup saja. Janji dengan Rais pun ngam-ngam sama-sama sampai. Rais kalau tengok muka memang kaki pukul. Kalau bercakap nak pasal ada isi ke takde isi je. Kalau tinggal kulit dengan tulang saja memang Rais tak layan. Aku ni kira kes terpencil je dia layan.

Makan tengahari tadi Nasi Ayam Penyet. Tak mahal sangat pun. Harga yang perlu di bayar hanya mendengar keluh kesah aduan rakyat hati Rais pasal komplen orang-orang atas berhubung site P15 dan kawasan jalan motor, Putrajaya. Dia cakap dia pun bengang dengan apa yang dia kena hadap sekarang padahal dia rasa dia dah buat kerja dengan betul. Dia rasalah.

Walaupun aku tahu korang tak kenal Rais dan Rais pun tak tahu aku ada blog. Aku terkilan sebab tak ada gambar pasport Rais dan aku harap Rais tak akan cuba-cuba baca blog. Aku tak rasa dia akan baca blog. Jadi, aku mengambil kesempatan in untuk menujukan sebuah lagu untuk Rais

Isnin, 17 Januari 2011

Api Dalam Sekam

"Jangan main dengan api takut nanti terbakar diri"

Begitulah kata-kata orang tua-tua. Walaupun yang terbakar diri itu pada mulanya tidak bermain-main pun dengan api. Begitu juga dengan kebakaran rumah. Ia biasanya melibatkan sistem pendawaian yang sudah tua. Litar pintas.

Yang amat aku takuti sekarang adalah 'api' yang ada di dalam diri dan juga 'api-api' yang berada di sekeliling aku sekarang. Siapa sangka aku sekarang ini sedang bermain dengan api tanpa aku sedari.

Bunyi-bunyi api ini juga seringkali berkumandang di udara menunjukkan sudah masuk waktu. Waktu apa? Yang itu kita tak tahu lagi. Nanti kita check balik ok. Buat masa sekarang ni, kita sama-sama dengar lagu berapi ni dulu.

Sebelum berpisah. Jangan biarkan hidup anda di bakar. Sekali lagi.

Sabtu, 15 Januari 2011

Serius Sh*t

Minggu ni minggu serius. Tak mau main-main. Muka pun nak kena ketat je selalu. Tapi time makan nasi tak ada lah ketat sangat. Ketat biasa-biasa je. Benda-benda berkaitan lapar dan makan nasi ni pun bukan boleh buat sambil lewa sangat. Kalau tak, bising orang tua kat kampung nun kalau tau anak dia lapar tak makan.

Jadi serius macam ni pun bukan saja-saja. Ada sebab. Kerja yang dapat kali ni bukan kerja main-main. Nak kena mengadap orang besar. Besar tak besar jugak lah. Kalau korang tau apa tu CEO korang tau la besar mana. Ni bukan macam buat khemah masa perkhemahan agung jamboree pengakap dulu. Buat pakai kaki. Tendang-tendang sikit lepas tu siap. Ni kerja kena pakai kaki dan tangan. Otak memang sudah semestinya kena pakai. Mulut dengan lidah pun terlibat. Berbelit sikit pun tak apa lah. Nak cakap dengan orang besar ni kena cakap orang putih baru nampak tahap keyakinan tu tinggi. Grammar entah ke mana pun tak apa. Janji dua-dua faham.

Satu lagi, kadar taburan hujan dan bilangan kereta yang makin meningkat di jalan raya di Malaysia ni pun perkara serius juga. Kalau kedua-duanya berlaku serentak dalam waktu puncak, tak heran lah perjalanan dari Damansara ke Shah Alam pun boleh jadi 2 jam lebih. Ingat ini benda main-main ke? Ini dah melibatkan perasaan sekali tau.

Isnin, 10 Januari 2011

Koleksi Himpunan Video GAY Terbaik

Macam-macam sangat dah hukum yang manusia tentukan sendiri dengan kepala otak mereka yang hanya menduga-duga. Benda yang halal di haram kan dan begitu lah pula sebaliknya. Untuk tujuan apa, itu tidak lah pasti. Untuk masuk neraka barangkali.

Tapi tak kisah lah. Janji aku tak nak terlibat dengan perkara-perkara yang aku tak pernah fikir langsung nak terlibat. Kalau rasa nek terlibat pandai-pandai lah korang jawab nanti. Aku pun nak kena menjawab jugak nanti.

Apa-apahal pun. Ini himpunan video GAY terbaik pernah di rakamkan di Malaysia. Saksikan lah oleh mu. Dan, jangan lupa untuk mengambil pelajaran.

Layannnnnnnnnnn.....


Video Gay India


Video Gay Yang Cedera Matanya


Gay sempoi berkaca mata menutup mulut dengan kain lap muka.

Semoga jadi iktibar untuk mereka yang cuba berjinak-jinak dengan dunia GAY.
Kool sangat ke jadi GAY?

Ahad, 9 Januari 2011

Permulaan Sebuah Cerita

Bila kita mula bercakap pasal agama. Tak kira lah pasal tauhid atau hukum-hakam. Orang mula tarik muka. Orang mula tak berapa nak suka. Kalau cakap pasal futsal, wayang, gitar karen, perempuan, duit, semua bulat biji mata nak dengar. Tak kurang nak tunjuk hebat pun ada. Konon nya dia lah yang tahu segala.

Dalam Quran, Tuhan jelaskan sifat manusia sebagai LEMAH dan BODOH di sisi ALLAH. Jadi, Quran tidak lain tidak bukan di turunkan selain dari sebagai ibu segala mukjizat kepada Nabi Muhammad, juga merupakan panduan untuk melawan arus kelemahan dan kebodohan itu. Dengan kata lain, Quran adalah penentu ukur Tuhan terhadap I.Q hambanya.

Jadi, kalau tak boleh nak bercakap pasal Quran, lebih baik persiapkan diri supaya tak jadi kelu bila orang bukan islam tanya mana buktinya tuhan kamu ada?

Aku banyak buat silap dalam hidup aku. Kebanyakan silap yang aku buat tu pula adalah silap-silap besar. Jadi, aku rasa dah cukup lah dulu aku nak cakap beria-ria pasal futsal, wayang, gitar karen, perempuan, duit kalau Quran pun tak faham, Baik cakap pasal ayam sabung dengan ikan laga.Sama juga.

Sabtu, 8 Januari 2011

Patahnya Hati Seorang Lelaki

Selamat Datang Ke Kem Kecemerlangan Pelajar.
Tarikh : 24.10.2005-26.10.2005.
Tempat : Pusat Latihan Tembakau Pasir Puteh.

"Apa kelas kem kecemerlangan pelajar buat dekat pusat latihan tembakau?". Detik hati kecil Nik Amir ketika mengamati sepanduk yang menyambut kedatangannya ke program 3 hari 2 malam anjuran institusi pengajiannya itu. Dia memang tidak berbesar hati pun untuk menyertai kem tersebut. Kalau bukan kerana faktor wajib menghadirkan diri untuk melengkapkan syarat bagi kemasukan semester depan, sudah pasti sekarang ini dia sedang bergoyang kaki di para rumahnya sambil menunggu-nunggu kalau jodohnya tiba.

"Ah! Biarlah. Janji free. Lagipun ok jugak hostel dia". Dia berkata dalam hati lagi sambil memerhati keadaan sekeliling. Tiada seorang pun dalam 114 peserta itu orang yang dia kenali. Dalam kelasnya, hanya dia seorang sahaja wakil. Menyesal juga dia bila di fikirkan balik. Bukannya dia tak dapat buat masa final exam. Ini semua gara-gara Encik Akmal Hakim yang selalu saja tidak puas hati dengannya. Nik Amir pun kurang mengerti kenapa Encik Akmal Hakim perlu mengheret kes dia terlupa membawa kertas graf pada kuiz Kejuruteraan Bendalir semester lepas sehingga diberi status GAGAL dalam matapelajaran tersebut. Dia tak suka apabila slip keputusan peperiksaannya nampak tak cantik. Satu subjek tak cantik, pointer pun jadi tak cantik. Lagi Nik Amir tak suka apabila berlakunya penyerahan slip keputusan itu untuk dinilai oleh ayahnya kelak.

Ini bukan kali pertama Nik Amir ke kem seperti ini. Masa sekolah dulu pun dia selalu di pilih untuk menghadiri kem motivasi sebagai wakil sekolahnya. Biasanya, ia melibatkan kem-kem bina diri, bina akhlak atau bina kecemerlangan. Ini di akui sendiri oleh ibu dan bapanya yang diri, akhlak dan kecemerlangan bagi Nik Amir adalah seperti tanah kosong yang rata. Sebab itu ia perlu di bina. Jadi, berbekalkan pengalaman itu Nik Amir rasa tiada masalah untuk dia menyerap sebarang situasi dan berhadapan dengan karekter-karekter yang luar biasa dan tidak masuk akal nanti. Matanya melilau-lilau ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang mengatur langkah ke dorm.

"Hmmmm...sayang. Muka cantik" kata Nik Amir kepada dirinya sendiri.

Nik Amir perasan yang dari tadi dia asyik berkata-kata dalam hatinya sendiri. Sedang dia cuba menggambarkan yang ini bukan lah suatu tekanan malah ibarat satu percutian percuma untuk dinikmati. Dia mengorak langkah untuk menyesuaikan diri. Perlahan-lahan dia menyusun langkah ke kaki lima belakang dorm lelaki. Dia berkira-kira lagi selepas habis sebatang rokok ni, dia akan cuba untuk berbual-bual dengan peserta lain.

Baru saja dia memasang api pada rokoknya, belum sempat pun asap pertama di hembus, satu suara menyapa lembut dari belakang. Nik Amir terkejut. Fuh! Nik Amir menarik nafas lega. Seorang peserta lelaki menyapanya. Dia membalas dengan senyuman ikhlas yang menyayat hati. Dia kira suara Ketua Program tadi. Kalau tidak habis lah sekotak Dunhill besar yang baru di belinya sebelum naik bas tadi.

"Rokok?" Nik Amir menawarkan sebatang rokok sebagai tanda ikatan tali persahabatan. Mungkin budak ini boleh jadi kawan pertama dia di sini.

"Bang, saya lupa nak beli rokok tadi masa nak datang sini. Saya bayar rokok abang sebatang boleh?" kata budak tu tanpa memperkenalkan nama pun. Tapi Nik Amir tak kisah. Nama sekejap lagi boleh tanya.

"Eh..takpe laa..tak payah bayar..ambik je" Nik Amir cuba masuk jarum lagi. Ini cara dia. Manusia senang sangat untuk di beli. Walaupun hanya dengan sebatang rokok. Ini falsafah yang dia pelajari ketika menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat kontraktor di Kota Bharu selama 6 bulan.

" Betul ke bang?" Jelas terpancar riak yang ceria di muka budak itu.

"Kalau macam tu saya ambik dua eh. Nak spare lepas makan jap agi sebatang" Sambung budak tu dengan tidak menunjukkan riak muka bersalah.

Budak itu pun berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih. Nik Amir hanya mampu melihat susuk tubuh budak itu dari belakang perlahan-lahan meninggalkannya. Memang dia nampak budak tu kecil saja. Tapi syukurlah tiada sebarang kecederaan jiwa yang berlaku.

Oh Kawan!

Zaman-zaman sekolah dulu kalau belajar tulis surat tak rasmi selalunya cikgu andaikan kita tulis surat kepada seorang kawan. Kalau subjek Bahasa Melayu biasanya kita hantar kat sepupu atau datuk atau ahli keluarga lain kononnya nak balik cuti sekolah. Tidak lupa juga nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Kalau sekolah asrama penuh lah. Kalau Bahasa Inggeris pula, biasanya surat tak rasmi kita kononnya akan di hantar kepada pen-pal atau lebih di kenali dengan nama sahabat pena merujuk dalam buku teks Kementerian Pelajaran.

Dengan kecanggihan teknologi dan perkembangan laman sosial di seluruh dunia, mungkin istilah sahabat pena tidak sesuai lagi digunakan. Jika di ikuti dengan trend terkini iaitu dunia di hujung jari, istilah sahabat papan kekunci mungkin lebih tepat di gunakan. Walaupun banyak kali tulis surat untuk pen-pal masa sekolah dulu, satu pun tidak pernah di hantar kerana sahabat pena aku sememangnya tidak wujud. Tidak pula bermaksud untuk cuba mencipta satu kawan imaginasi.

Sekarang ini, proses berkawan menjadi lebih mudah. Mungkin tak pernah berjumpa di alam nyata tapi alam maya juga menjadi medan kepada pengeratan hubungan sesama manusia. Manusia lebih dekat dengan manusia yang lain. Tanpa mengira batas budaya atau bahasa.

Kawan orang yang kita cari apabila kaki melangkah keluar dari rumah. Kawan buat kita rasa selamat dan tidak terabai. Kawan buat kita rasa kita tidak keseorangan dalam dunia. Kawan juga buat kita faham apa itu erti rindu!

Walaupun geli, tapi aku tengok banyak kali!

Jumaat, 7 Januari 2011

Aku dan Perempuan

Kisah hidup aku dengan perempuan tak banyak. Tak cukup menarik untuk di ceritakan. Well, aku menghormati kaum wanita dan sangat tidak sukakan perkelahian walaupun kadang-kadang ada juga misbehaved. Namun, ada beberapa perkara juga yang buat aku menyampah dengan perempuan. Sebagai contoh, perempuan yang parking kereta dia depan kereta aku sampai halang aku nak keluar dan lagi best aku terpaksa tunggu dia dari pukul 6.15 pagi sampai nak 5 minit lagi pukul 8. Dari gelap sampai terang benderang dan dia datang dengan buat muka tak bersalah dengan sepatah kata saja. Sori eh....

Ok..aku sabar. Boleh tahan lagi. Senyum lagi sambil berpesan. Lain kali letak nombor telefon sekali dekat dashboard. Senang nak call. Suruh alih kereta. Nasib baik aku memiliki ciri-ciri pemaaf yang di warisi dari ayah aku. Kalau aku ikut ciri-ciri yang aku warisi oleh mak aku. Nahas budak perempuan tu nanti aku bebel.

Lagi satu, aku boleh sabar dengan dia sebab dia tak datang dukung anak patung Garfield sekali macam ada budak perempuan kelas aku buat dulu.

Selasa, 4 Januari 2011

Kerisauan

Selain dari kemenangan Malaysia merangkul juara AFF Suzuki Cup, magis Khairul Fahmi di posisi penjaga gol mahupun aweknya yang sedang dalam dilema akibat terkesan dengan tindakan beberapa cheesy haters, ada sesuatu yang lain bermain di benak fikiran saya. Mata saya juga kerap terlihat bayangan-bayangan berupa nombor.

Kalau di campur bulan lepas dan suku dari bulan ini, saya berkira-kira sudah 3 kali saya berulang alik ke KLIA. Semuanya atas urusan orang lain. Mungkin ini tidak kedengaran pelik bagi pemandu-pemandu limo atau ERL kerana dalam sehari pun perjalanan mereka ke KLIA lebih dari 3 kali. Perjalanannya tidaklah jauh. Tapi sudah cukup syarat untuk sembahyang jamak kalau berulang alik. Dalam 3 perjalanan ini, saya puratakan jaraknya dalam lingkungan 120 kilometer untuk satu perjalanan. Itu tidak termasuk kalau melencong masuk jumpa abang saudara di Nilai atau terlajak sebab tak nampak papan tanda ke KLIA. Kes ini pasti jarang sekali berlaku. Tapi ada.

Seingat saya, perjalanan pertama adalah di atas sebab musabab menyambut kepulangan seorang sahabat yang baru pulang dari menunaikan haji. Sahabat saya ini sudah berumur. Dalam lewat 40-an. Anak perempuannya juga hampir sebaya dengan saya. Takut pula saya nanti dari sahabat terpaksa menjadi keluarga. Ya! Saya takut kerana anak sahabat saya itu tidaklah berapa cun. Tapi orang kaya! Tetapi itu semua tidak menjadi masalah kepada saya kerana masalah yang sebenar adalah kelewatan penerbangan sahabat saya mengakibatkan saya yang terpaksa transit di KLIA dalam kadar 3 jam. Tak lama bukan? Hanya sama dengan jangkamasa sebuah filem Hindustan.

Perjalanan kedua melibatkan proses penghantaran sepupu saya yang setahun tua dari saya. Kali ini dia ingin merantau ke Papua New Guinea selama 3 bulan. Serius. Saya tergelak kecil ketika ini kerana memikirkan yang dia cuba untuk meniru lawak dalam komik-komik Ujang yang sememangnya menjadi koleksi saya ketika berada di tingkatan 5. Rupa-rupanya dia telah mengikat kontrak dengan sebuah syarikat yang berjaya mendapatkan tender untuk pemasangan pencawang bagi syarikat telekomunikasi. Saya sebenarnya tahu nama saja, kedudukan dalam peta saya tak tahu kat mana. Tapi sepupu saya cakap kedudukan Papua di antara sempadan Indonesia dan Australia. Bunyi macam menarik juga.


Perjalanan ketiga baru saja selesai sebentar tadi. Kalau pegang bonet depan pun nescaya masih panas lagi. Perjalanan ini yang paling menarik kerana melibatkan ramai orang atau kumpulan atau lebih mesra di panggil sebagai jemaah. Ia melibatkan 8 orang jemaah dakwah tabligh yang salah seorangnya adalah bapa kepada kawan saya. Kami pergi dua biji kereta. Dalam perjalanan pulang, saya yang baru beberapa minit mengenali mereka sudah di ajak untuk 'keluar'. Maksud keluar adalah keluar berdakwah bersama mereka. Mereka baru sahaja menghabiskan 40 hari berdakwah di Sabah, Sarawak dan Brunei dengan kos RM 1200 orang sahaja. Rasanya ini termasuk tiket. Katanya lagi, peringkat tertinggi adalah melengkapkan tour IPB (India Pakistan Bangladesh), kalau tak silap dalam 40 hari juga. Tapi saya sengih saja. Saya berjanji akan mengikut mereka keluar suatu hari nanti. Itupun kalau mereka dapat bagi jawapan yang mana datang dulu? Telur atau ayam? Kalau tak dapat jawab saya tak nak ikut.

Hingga ke saat ini juga meter kereta saya juga sudah melebihi paras yang perlu di servis. Dah lebih 5000km ++. Enjin juga semakin kasar bunyinya. Masuk gear pun dah tak berapa nak lancar. Nampak saja gempak pergi KLIA memanjang, tapi hakikat sebenar orang tak tahu. Nak servis kereta pun sesak.

Isnin, 3 Januari 2011

Nak Jadi Wartawan?

Masih kecoh lagi sampai ke hari ini. Saya rasa esok pun sama. Kebanyakan orang dalam Malaysia ni khususnya masih lagi rasa gembira dengan kemenangan Malaysia pada Piala AFF Suzuki minggu lepas. Nama yang paling top semestinya lah Khairul Fahmi a.k.a Apek atau MIA (My Incik Apek) merujuk kepada gelaran manja si awek jejari runcing dia, Elia. Saya sendiri pun masih terbayang-bayang lagi ketika dia menyelamatkan sepakan penalti Firman Utina dengan bergaya sekali. Tidak kurang lebih 10 cubaan ke arah gol juga di selamatkan dan ternyata dia memang berhak untuk mendapat pujian melambung lebih tinggi dari KLCC kerana prestasi semasa beliau. Minta-minta dia tidak mudah lupa diri!

Saya tak rasa Khairul Fahmi begitu walaupun saya bukan ahli keluarga dia mahupun jiran sebelah rumah dia. Saya tidaklah mengenali Apek secara peribadi tetapi sebenarnya nama Apek sudah tidak asing lagi bagi penyokong bola sepak Kelantan sejak dia menggalas tugas sebagai gawang utama Kelantan selepas persembahan buruk Syed Adney dan kecederaan Shahrizan Ismail. Beberapa bulan sebelum ini, dia hanyalah penjaga gol ketiga pasukan Kelantan. Tiada siapa yang mengenali dia seperti sekarang. Malah, saya sendiri mula sedar kewujudan dia bersama Kelantan ketika perlawanan Kelantan menentang Selangor yang berkesudahan seri 1-1. Ketika itu dia masih berambut panjang. Dan dia lah juga antara faktor Kelantan tidak kalah pada malam itu.

Terus terang saya katakan saya tidak terkejut dengan persembahan Apek kerana itu lah mutu permainan yang di tunjukkan dengan pasukan Kelantan. Penyokong Kelantan selama ini sudah di sajikan dengan kualiti permainan yang berbeza oleh pemain ini sekaligus merancakkan kemeriahan pesta bola untuk rakyat Kelantan. Begitu juga dengan Nor Sharul Idlan Talaha. Kedua-duanya mempamerkan aksi bertaraf dunia di liga Malaysia! Tidak keterlaluan juga saya katakan yang Apek jugalah antara faktor kejayaan Kelantan menjulang Piala Malaysia untuk 2010. Untuk jangkamasa sekarang, Kelantan tidak perlu bimbang kerana sudah ada perisai terakhir yang sangat sukar untuk di tembusi.

Dari penampilan pertamanya, saya sebenarnya sudah mencongak yang dia mampu ke tahap sekarang, Malah, saya juga menjangkakan untuk tempoh 3 atau 5 tahun lagi, dia mampu untuk menggalas tugas sebagai kapten pasukan jika prestasi yang di tunjukkan tidak merosot. Ini cuma jangkaan lah.

Untuk rekod setakat ini, selain mampu menjaga gawang Malaysia dengan cemerlang, ini juga mungkin bagus untuk resume peribadi beliau. Dia merupakan top 5 trend terhangat di Twitter, berupaya membuat Jupe dan beberapa artis wanita Indonesia lain bercakap mengenai dirinya, tambahan rakan di Facebook meningkat 3 kali ganda, tangga teratas di carian Google dan orang Malaysia yang paling dikenali untuk tahun 2010 dan 2011!

Wah! Pastinya semua orang berangan-angan nak jadi Khairul Fahmi. Apa tidaknya, tempias populariti itu turut di rasakan aweknya. Blog si awek dia pun dapat hit tinggi. Dapat liputan akhbar tempatan dan dengar cerita ada group di Facebook yang mengutuk si awek dia. Bagi saya pula, senario bola sepak kita memang perlukan cerita-cerita sebegini. Baru peminat terasa lebih dekat dengan pemain tapi. Ada tapinya jugak. Asalkan tidak menyimpang dari kerjaya sebenar iaitu bermain bola sudah lah.

Tidak kurang juga ketika saya sedang menulis ni, ada ura-ura mengatakan yang Alex Ferguson berminat untuk mendapatkan khidmat Apek dan ada pula yang mengatakan itu hanyalah satu jenaka dari peminat fanatiknya sedangkan web sebenar Manchester United setakat ini tidak mengeluarkan apa-apa berita pun mengenai spekulasi tersebut.

Tapi kalau betul pun apa salahnya. Bila lagi orang Malaysia nak dapat pendedahan meluas dalam BPL? Kalau Korea dah ada Park Ji Sung dengan Lee Young Pyo dan Jepun dengan Nakata dan Nakamura kenapa kita tak bole ketengahkan Khairul Fahmi, Nor Shahrul dan Safee ke sana? Tak keterlaluan kan? Kualiti permainan mereka sudah setara.

Apa-apa pun, tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada Khairul Fahmi dan awek dia, dan kepada seluruh pasukan Malaysia juga kerana memberi pengertian sebenar tentang bola sepak. Saya juga berharap liga tempatan kita akan terus meriah dengan kehadiran pemain-pemain baru yang akan menyaingi pemain-pemain sedia ada. Saya juga berharap media tempatan akan buat liputan lebih sikit pada bola sepak tempatan. Kata kena sokong barangan tempatan. Siapa yang nak jadi tukang penglipurlara canang cerita kalau bukan media. Jangan ceritanya sedap bila menang saja, lepas ni sunyi sepi tak ada berita. Yang ada pun cuma keputusan perlawanan saja.

Kesimpulannya saya pun tak tahu kenapa saya tulis pasal Khairul Fahmi sampai berjela-jela padahal sebenarnya saya nak tulis pasal ada Skim Wartawan Pelatih 2011 kelolaan Berita Harian. Sesiapa yang berminat boleh lah cuba nasib. Mana tahu dapat buat liputan pasal bola sepak Malaysia di luar negara nanti. Boleh ambik gambar dengan Khairul Fahmi.

Ahad, 2 Januari 2011

Hari Kedua


Tak sampai 24 jam kita di tahun 2011, seorang lagi artis tanah air kembali ke rahmatullah. Mula-mula aku dengar tak dengar masa tengok TV3 tadi sebab tengah makan tepi jalan. Bising. Jadi, aku balik google dan nampaknya setakat ini dari sumber-sumber yang boleh di percayai, berita pun telah di keluarkan mengenai kematian pelakon Faizal Yusop iaitu bekas suami kepada penyanyi popular Siti Nordiana atau lebih di kenali dengan panggilan Nana akibat serangan jantung.

Beberapa bulan lepas Achik Spin, yang merupakan gandingan serasi Nana telah lebih dulu kembali menghadap Allah. Dikhabarkan juga Faizal menghembuskan nafas terakhir pada usia 32 tahun dan arwah Achik pada usia 28 tahun. Sesungguhnya ia tidak akan di kurangkan atau di percepatkan walaupun sesaat bila sudah sampai masanya.

Al-Fatihah kepada arwah Faizal Yusop. Aku tak tahu sangat pasal kisah hidup arwah atau pencapaian dia dalam bidang seni ni, Walhal, kisah cerai dia dengan Nana pun aku tak tahu hujung pangkal. Cuma, aku ada perasan dia dalam beberapa buah siri sebelum ini. Manjalara. Kalau tak silap aku Gerak Khas pun. Adamaya pun dia juga kalau tak silap. Apa-apa pun, semoga roh nya di rahmati Allah. Bak kata orang, yang dah pergi tu di kenang, kita yang hidup ni kena teruskan.

Cakap pasal nak teruskan hidup ni pulak bukan senang. Atau lebih tepat lagi nak hidup ni bukan main senang-senang cakap je nak jadi apa. Perlu di sertakan dengan pelbagai nilai tambah yang lain. Ada yang cakap dia berjaya sebab ilmu, ada yang cakap sebab usaha, yang ini pulak cakap sebab pengalaman, yang itu pulak cakap sebab nasib. Orang ni macam tu lah. Macam-macam.

Itu bergantung pula kepada definisi kejayaan yang berbeza bagi setiap orang. Orang yang kita anggap berjaya pun tak semestinya orang yang banyak duit saja. Macam Khairul Fahmi, dia berjaya sebagai penjaga gol. Aznil pula berjaya sebagai pengacara dan Dr Rozmey pula berjaya dengan Jus Matte 5 nya tu walaupun filem nya berjaya di siapkan tapi tidak berjaya mencapai sasaran kutipan. Ehem.

Pendek kata, masing-masing nak berjaya dengan cara masing-masing. Dalam bidang masing-masing. Contoh paling senang, setiap kali masuk tahun baru semua akan come up dengan resolusi tahun baru yang baru. Semuanya ada niat untuk berubah. Kena ada wawasan!

Mat yang keletihan selepas pulang dari sambutan perayaan tahun baru di Melaka

Sambil-sambil menunggu Wawasan 2020 terlaksana, sekurang-kurangnya Wawasan 2011 ni pun nak kena rangka jugak sedikit sebanyak. Kalau tanya perbandingan tahun ni dengan tahun lepas mana lagi ok, aku pun tak tahu nak jawab macamana. Samada tahun ni lagi teruk dari tahun lepas atau dua-dua tahun teruk sebenarnya. Mungkin juga!

Nak ke tak nak tahun ni dah kena serius. Tu kata ayah aku. Aku pun nak tak nak kena ikut la kata orang tua. Lagipun, memang dah banyak aku buang masa. Mat ada ajak kerja tempat dia sebagai Product Specialist untuk barang-barang medical. Ceh! Bunyi position nak gah saja. Padahal skop kerja lebih kurang orang buat sales.

Perasaan ni la yang aku tak suka. Dia datang sekali sekala. Rasa nak jual nasi kukus tepi jalan pun ada jugak. Orang kata masyuk.

Sabtu, 1 Januari 2011

Happy 2011

Akhirnya, detik 12 malam sudah berlalu.
Kini kita di tahun baru 2011.
Semua orang dah tanam azam baru.
Nak jadi yang terbaik dan makin baik.

Kurang-kurang kalau umur dah lanjut nak main bola dengan Malaysia dah tak lepas, jadi juara Akademi Fantasia pun dah kira bagus. Paling tidak, dapat jadi jutawan MLM pun dah ok. Masing-masing dengan harapan dan matlamat masing-masing. Semuanya ada definisi sendiri untuk berjaya.

Dan aku?
Masih macam ni juga.
Sekadar keluar tengok bunga api dari dalam kereta.
Macam tak ada beza.
Rasa macam raya cina je.

Selamat Tahun Baru 2011!